Thursday, July 24, 2014

Children : Gadget or No Gadget?

Pernahkah kita terkenangkan zaman kanak-kanak kita suatu masa dahulu? Pernahkah anda membuat perbandingan tentang kehidupan kanak-kanak anda dulu dan kanak-kanak sekarang? Berbezakah aktiviti-aktiviti kanak-kanak dulu dan sekarang? Saya percaya kita semua sangat menyedari akan hal ini tetapi kita sentiasa memberi alasan untuk MENYELAMATKAN kita.. Betul atau tidak tuan-tuan dan puan-puan? Saya bukan lah nak berlagak pandai tetapi sebagai seorang ibu dan seorang cikgu tadika, sesuatu yang sangat memilukan hati saya bila anak-anak kecik ini tidak aktif bermain..tidak aktif mindanya,, sedangkan pada umur 4-6 tahun ini lah masa pembentukan saraf-saraf mereka.

Saya bagi contoh seorang anak didik saya, tiap pagi datang ke sekolah si ayah selalu akan hantar awal dan mereka akan mengunggu ketibaan saya di bawah pondok menunggu depan tadika saya. Setiap kali saya sampai di tempat parking, saya melihat dari jauh kedua-dua anak beranak ini sangat asyik melayan "gadget"mereka.. Beerti tidak ada komunikasi antara mereka sepanjang menunggu ketibaan saya!! Masa yang paling penting untuk bermesra dengan anak-anak sudah di rampas oleh si gadget. Bila dalam kelas, si anak sentiasa mengantuk dan kadang-kadang tertidur semasa sedang mewarna or menyiapkan tugasan yang saya berikan. Sesi P&P pula, si kecil ini tidak aktif lansung.. bila saya ajukan soalan.. jawapan si kecil ini hanya "tak tau". Saya bawa anak didik saya untuk bermain di luar kelas setiap hari Selasa dan Khamis dan respon si kecil ini cuma "tak nak.. nak tidur.." Kerja rumah yang saya berikan tidak pernah dia siapkan..  Come to my concern untuk mengorek rahsia anak kecil ini... "Kenapa sampai macam ni?!? Saya dengah megah nya menjadi perisik..hehehe... Saya tanya anak kecil ini..

        1. Kenapa xxxxx tak buat kerja rumah cikgu bagi?
        2. Siapa jaga xxxxx kat rumah kalau balik dari sekolah?
        3. Balik dari sekolah xxxxx buat apa?
        4. Kat rumah xxxxx buat apa?
        5. Malam-malam xxxxx tidur pukul berapa?
       
Jawapan yang diberikan sangat meruntun jiwa saya sebagai seorang cikgu dan juga seorang ibu yang punya anak.. dalam hati sempat saya pesankan kepada diri saya "Tuhan, jadikan saya ibu yang dahulukan keperluan anak dan bukan keinginan anak.." Nampak pada jawapan anak ini hidup sendiri, dengan ibu dan ayah yang bernama "Gadget". Pemikiran si kecil ini sudah di monopoli oleh gadget sehinggkan seluruh kehidupan anak ini diserahkan kepada gadget atau dijaga oleh gadget. Ibubapa zaman ini seringkali menyerahkan tugas mereka kepada gadget. Gadget memudahkan tugas mereka dan membantu untuk control keaktifan anak mereka. Wahai sahabat, anak-anak adalah pemberian dari Tuhan untuk kita jaga dengan sebaik-baiknya, tapi kenapa tanggungjawab itu kita serahkan kepada gadget pula?

Tanggungjawab kita untuk memantau pertumbuhan anak-anak kita.. pergaulan anak-anak.. Bukankah melihat anak-anak membesar depan mata kita sendiri itu satu kenikmatan? Tapi zaman ini tidak.. kita alpa, mata kita tertumpu kepada perkembangan gadget-gadget berbanding perkembangan anak-anak kita.. Komunikasi antara ibubapa dan anak-anak semakin hambar dek dirampas oleh gadget! Mungkin sebab itu anak-anak sekarang seringkali menutup telinga mereka bila ibubapa bagi nasihat..Tidak salah memberikan gadget tuan/puan tetapi biarlah berpada-pada... jangan sehingga nasihat kita sebagai orang tua mereka pun turut mereka ignore, itu sudah level "masalah".

Berbalik kepada jawapan anak kecik ini kepada soalan-soalan saya...
  1. Kenapa xxxxx tak buat kerja rumah cikgu bagi?
      xxxxx : Tak suka...tak seronok kerja rumah.
* kerja rumah yang saya bagi tu cuma mewarna. Sepatutnya pada umur 5 tahun, mewarna adalah antara aktiviti favourite kanak-kanak... saya hairan.. so, tunggu jawapan kepada soalan seterusnya..

2. Siapa jaga xxxxx kat rumah kalau balik dari sekolah?
    xxxxx : Ibu jaga.. ibu jaga adik jugak.
* so, si ibu suri rumah tapi jaga adik juga... maksudnya si ibu berada di rumah sepanjang hari kan.. tapi kenapa tidak di tengok beg anak bila anak balik dari sekolah? Saya teringat dulu-dulu setiap kali balik dari sekolah, ibu atau ayah saya akan memeriksa poket-pokat baju dan beg sekolah kami! Mereka akan tengok kerja sekolah kami juga.. Rotan akan hinggap di punggung kalau dalam buku cikgu tulis "kurang kan bermain"atau "kurangkan bercakap".

3. Balik dari sekolah xxxxx buat apa?
    xxxxx : Main game.
* Part ini dah nampak reason anak ini berperangai seperti ini... "GAME" yela... 5 tahun mana la tau nak ber FB or Twitter bagai kan..of course game... Sampai saja rumah sah-sah mencari si gadget. Kadang-kadang ibubapa sendiri yang serahkan sebab nak senyapkan anak mereka. Tak nak rumah kotor, tak nak rumah bising... Gadget la penyelamat dari masalah-masalah dinding kotor, rumah berterabur, rumah bising... anda setuju?

4. Kat rumah xxxxx buat apa?
xxxxx : xxxxx selalu main game cikgu, best ada lumba..tembak-tembak..
* SELALU MAIN GAME... masalah juga yang ini... nampak kegiatan anak bersama gadget tidak di pantau... boleh kita bagi main tapi berpada-pada.. biar bertapis games yang di main.. 5 tahun dengan game tembak-tembak?!?! Apps sekarang banyak menawarkan games berunsurkan education.. Install educational games.. contoh : rhymes for kids, Learn ABC, Phonics Kids dan banyak lagi.. sekurang-kurangnya sambil bermain dengan gadget mereka belajar sesuatu. Tetapi tetap, ayat "SELALU"tu sangat....... hurmmm..... okeh next question pula..

  5. Malam-malam xxxxx tidur pukul berapa?
xxxxx : xxxxx tak nak tido malam. xxxxx tak suka.
* Crucial part... huhuhu... nornal kalau malam-malam kanak-kanak tak suka tidur. Jadi saya tanya lagi "ayah tak marah xxxxx tak tidur ?" xxxxx jawab "tak, ayah bagi main game malam" Saya cuma mampu geleng kepala... Tuan / Puan, anak-anak umur ini sedang berkembang... kenapa di rosakkan berkembangan or pertumbuhan anak-anak kecil ini? kenapa kita harus kalah dalam mempertahankan tugas kita sebagai ibubapa? Masa tidur adalah masa penting untuk anak-anak. Tidur yang cukup membantu perkembangan dan fokus anak-anak kita untuk belajar. Menurut artikel-artikel yang saya baca, waktu tidur malam terbaik untuk kanak-kanak ialah seawal jam 7.30 ke 8.00 malam. Dan seelok-elok nya sebelum anak-anak tidur kita luangkan sedikit masa untuk temankan mereka tidur. Berborak sekejap, tanya tentang hari yang mereka lalui hari ini..ataupun bacakan buku cerita untuk mereka..jangan pula lupa ajak anak untuk berdoa sebelum tidur..haaaa.. Masa anak sudah tidur, peluk atau cium anak.. cakap kat anak-anak yang kita sayangkan mereka..sambil tu kita doa dalam hati khas untuk mereka juga.. Jangan bagi anak gadget sebelum tidur! Jangan bagi anak-anak makan or minum minuman manis sebelum tidur juga.. pastikan anak-anak tidur dalam keadaan tubuh yang bersih.

Sedikit tips bilik tidur anak-anak :.. opss..yang ini lari topik sedikit..hehehe..

1. Jangan letak sebarang gadget dalam bilik anak-anak.. contoh Tv, Hp or Mp3.. itu akan menggangu tidur mereka. Kalau mereka bagi alasan tidak mengantuk atau tidak dapat tidur, sila sediakan buku cerita dalam bilik.

2. Segala jenis permainan sangat tidak sesuai dalam bilik tidur. Sebab yang sama, akan mengganggu mood tidur anak-anak. Mereka sangat mudah tertarik dengan permainan, anak-anak juga akan sanggup lupakan mood mengantuk mereka apabila terjumpa mainan,..jadi, jangan potong stim nak tidur anak-anak dengan permainan. Setakat bantal busuk tu tak apa la...

3. Pastikan pengudaraan bilik tidur anak-anak cukup.. untuk pertumbuhan otak yang baik, oksigen sangat-sangat di perlukan... Bilik tidak terlalu panas, tidak juga terlalu sejuk..

Baiklah, panjang sudah hujah-hujah saya kan... Dalam mendidik anak-anak bukan saja tanggungjawab cikgu tetapi kedua-dua belah pihak. Tidak ada gunanya jika cikgu sahaja yang bertungkus lumus mendidik anak-anak di sekolah sedangkan di rumah tidak berlaku sebarang pembelajaran. Dan, bagaimana cikgu nak mengajar anak-anak kalau anak-anak datang sekolah mengantuk dan tidak bermaya. Sebagai ibubapa, anak-anak harus dipantau.. pembentukan anak-anak kita bermula pada umur seawal 6 bulan! Jika kita alpa tentang hal ini, ia akan menjadi sesuatu yang rumit satu masa nanti.. Tidakkah kita sebagai ibubapa mahu melihat anak kita berjaya? Bukan setakat berjaya tetapi anak-anak yang penuh dengan tertib. YES! Tertib.. berjaya pun anak kita tetapi tidak menyayangi atau hormat kita sebagai ibubapa bagaimana? Anak-anak lebih sayang dan hormat si gadget..

Jangan kita sebagai ibubapa mengawal anak-anak kita dengan gadget.. Banyak cara lain, contohnya permainan puzzle, aktivi mewarna atau buat kolaj.. ajak anak-anak tolong kita semasa menguruskan hal-hal dalam rumah. Kenapa kita perlu takut dinding rumah kotor atau Lantai rumah kotor? Orang sedia maklum kita punya anak kecil dalam rumah yang perlukan ruang untuk membesar. Anak-anak bukan sengaja menconteng dinding.. mereka tidak faham pun apa mereka buat.. apa yang mereka tahu cuma "mengekspresikan kreativiti "mereka. Sekarang dunia sudah canggih dan banyak permainan yang sesuai untuk anak-anak. Banyak kelengkapan untuk anak-anak eksperesikan kreativiti mereka. Sekarang di pasaran kita boleh jumpa pelapik dinding yang boleh kita lekatkan di dinding untuk ank-anak conteng. Papan tulis yang comel-comel pun ada dijual.. see, banyak kemudahan di pasaran tapi ibubapa ambil jalan mudah dengan menyerahkan "GADGET"sebab tak nak banyak kerja, tak nak berbelanja lebih. Fikirkan yang terbaik untuk anak-anak kita..Berikan yang terbaik untuki anak-anak kita.. Sediakan yang terbaik untuk anak-anak kita..

Okeh, sekian dari saya untuk hari ini.. Yang terbaik untuk anak-anak, tunggak masa depan negara kita. ^_^
Sumber : Google Image

Sumber : Google Image

Sumber : Google Image




Our Iftar bersama-sama 2014

Tinggal seminggu lagi nak raya... sedar tk sedar tinggal beberapa hari saje lagi tinggal untuk berpuasa bagi sahabat Islam saya...Orang lain berpuasa tapi saya pulak yang paling busy ke bazaar tiap hari.. orang puasa turun berat saya pulak menambah tayar tepu.. ngehehehe... Orang lain yang raya saya pulak yang over excited nak beraya.. nak makan ni weh! tolong la jemput saya yang sentiasa kebulur ni ke rumah anda yerr.. saya manusia paling gembira bila di ajak makan..hehehe.. puasa oh puasa... macam2 ragam sahabat2 saya yang berpuasa ni...ade yang moody.. mcm PMS pulok kan~ yang happy... ade yang makin active pulak..yang saya pulak enjoy makan tiap petang lepas balik buat lawatan ke bazaar..hehe.. Minggu ketiga baru plan kami menjadi nak berbuka sama... dari tahun lepas kata nya nak berbuka bersama-sama tapi baru tahun ni dapat and tu pun dah nak habis bulan puasa.. haaa... tapi kali ini sahabat saya zuzu pulak yang tak dapat nak join sebab dah berjanji nak bawak family nyer makan luar..  Tempat kami berbuka ni sangat berbaloi! Rm8 per plate.. but you can eat as much as you want!! macam mana perut hamba ni tak kegembiraan kan..haa... oh.. nama tempat tu "Matahari " terletak di kawasan Parkcity Bintulu Sarawak.. Murah kan... memang ramai juga la tetamu lain yang join berbuka sana.. segala jenis bangsa dan agama.. tak kurang ada Korean dan Japanese juga tu... haaaa... Ok la.. buat sahabat2 yang berpuasa tu, teruskan.. sikit lagi tu..hehe.. yang tak puasa pulak nanti jangan lupa ganti balik yerr... tak sempat nak bergambo banyok2 sebab kebulur.. haha..

Tuesday, July 22, 2014

Meet my little diva!

Name : Hosanna Joy Julan Binti Sophian
D.O.B : 02 December 2013

Hye yolls!!! Sudah saya janjikan sebelum ini untuk perkenalkan puteri sulung kami.. Hoh.. seperti tertera di atas.. antara detail utama yang saya boleh share la..mana tau boleh claim birthday present from pembaca2 lepas ni kan....heheh..kerlasss gitewww! Lahirnya puteri kami ini pada minggu ke 36 selepas saya mengalami light bleeding..  As you ols tau.. sepanjang pregnancy saya banyakkkk sangat mengalami masalah2 kesihatan antara dia ialah kencing manis..BP tinggi dan Albumin tinggi.. tak tau apa itu? Google la... semuanya di hujung jari sajer..haaa... Tapi walaupun banyak masalah kesihatan saya tetap gigih berjalan2 sepanjang boyot.. tak penat.. seronok ada la... lagi satu tabiat sepanjang preggy.. Kaki mengandam diri sendiri... swmua nak cantik u olsss... sblm preggy mak ni tak kuasa la nak bermascara eyeshadow bagai tau..tapi masa bunting i say u... huhu... 1 jam depan cermin bersiap! hambek kaww...hohoho...pembawaan anak perempuan kot.. lagi satu.. sangat rajinnn masuk dapur walaupun tak reti masak.. ngahhahah...konfiden penting hokeh! sedap tak sedap... nasib la... :p ok lah... panjang sangat cerita mak.. bila nak view gambar2 puteri kan...hehe.. apapon.. untuk pembaca2 yang tengah preggy sekarang mak cuma pesan 1 saje.. "enjoy your percnency.." serious.. lepas baby keluar nanti u ols akan rindu all those excited feelings nak pergi scan every months.. rindu rasa excited nak tgk gender baby.. excited cari n beli barang baby... perasaan tak sabar nak tengok baby keluar tu tak yah cerita.. kalau boleh sepanjang proses melahirkan or untuk yang c-sec macam saya ni tak nak pejam mata sebab nak tengok live wajah kesayangan yang sudah 9 bulan menghuni rahim anda... haaa... enjoy la k..have fun.. jaga pemakanan... be prepared dari segi fizikal.. mental dan emosi... macam saya preggy emosi sangat lah over... "drama queen" sangat... orites... scroll la ke bawah pulak.. kita view sket wajah kesayangan kami suami isteri...hehehe...

Friday, June 27, 2014

Eh... bersawang!!!

Lama sudah diri ini tidak mencoret... banyak sekali pembaca sekalian sudah ketinggalan dek keterlupaan saya mengupdate... puh~ perosak segala bahasa... huhuhh... seriously, lama.sangat sudah hamba bercuti.. jadi, hamba akan beraksi kembali la selepas ni.. nak mengarang panjang mata dah mengantuk jadi saya pointkan aje lah k.. Latest Update from me...
1. saya dah selamat melahirkan seorang puteri pada 02 December 2013, jam...ehehe..lupa~
2. saya officially jadi ibu yang busy disamping tugasan saya sebagai seorang pendidik...
3. saya sangat busy...hehehe..
4. saya semakin kuat makan!!!
5. stresssss!!! sebab masih tidak boleh exercise dan turunkan berat sebab beranak kaedah c-sec...
6. sebenarnya...saya dah mengantuk ni...
hehehe... serious, hamba amat mengantuk!! esok atau lusa hamba akan coretkan lagi kehidupan hamba...masa untuk tidur sebab esok kerja... okeh... bye2...

Tuesday, November 26, 2013

Debaran dalam penantian..

Sedar tidak sedar perut saya kini sangat bulat.. seriously! SAaaNGAT!!! makin bulat maka makin bertambah laa kecomelan saya.. okeh, today saya melangkah masuk ke minggu 37!! Yeayyy!! Saya dan baby finally made it to the final trimster.. kalau ikut prediction doctor sebelum ini baby di jangka keluar awal tapi ternyata semua itu salah.. Tidak ada yang mampu melawan kuasa Tuhan kan.. ^_^ Berkat doa dan percaya akan kekuasaan Tuhan kami sampai juga ke trimster terakhir.. Bila dah sampai tahap ni, debaran sentiasa ada.. hoh! perut keras sikit mula mengelabah....belakang sakit masa tidur pun boleh buat berdebar.. hehehe... biasa kata my mom sebab first time merasa pengalaman ni kan jadi banyak yang nak kena tau and belajar lagi.. sampai hari ni saya masih tertanya-tanya macam mana laa rasa contraction.. macam mana la rupa air ketuba... kalau berlaku contraction macam mana saya nak sedar.. hurmmm... memandangkan saya sudah berada dalam state sarat macam ni pergerakan memang agak terbatas sudah.. duduk bersila pun kaki bengkak.. tidur pun kena alas bantal kat kaki sebab nak bagi kaki tinggi sikit dari badan. Syukur di karuniakan seorang suami yang understanding.. haha.. saya bunting ni agak demand.. kadang-kadang tak nak tidur dalam bilik sebab nak tidur ruang tamu.. tak nak ini, tak nak itu... maCam-macam ragam tapi husband semua layan.. tengah malam kejutkan lagi minta tolong urut kaki, urut tangan, urut belakang... Husband bangun juga urutkan.. lapar tengah malam pun kadang-kadang saya tak kejutkan pun mintak husband temankan bila nak minum tapi tengah minum husband muncul juga temankan bini dia ni..haaa... over kan saya~  apapun, kami cukup gembira dengan perkembangan baby kami.. sihat sejahtera... dah tak sabar nak jumpa si kecik ni!! Barang-barang baby semua dah lengkap.. siap dengan toys.. tak keluar lagi baby dah ada Christmas present... untung wahai anak.. heee.. apa yang kami nantikan sekarang ialah untuk baby berpusing siap untuk di lahirkan sebab sekarang menurut doctor baby masih dalam posisi songsang.. kami masih terus berdoa supaya baby boleh dilahirkan secara normal birth.. nak juga rasa nikmat melahirkan tu.. heee.. sahabat sekalian terus doakan kami juga yerrr... sekian saja coretan kali ini.. nanti saya update lagi kisah lain.. banyak ni tapi macam busy memanjang pulak since preggy ni..hehe.. okeh, bubyee...

Thursday, October 24, 2013

Preggy moments... ( BP buat hal pulaaa.. )

Sebelum ni cek in hospital sebab sugar level tinggi kan.. haaa...kali ni kejadian lain pula.. That day saya tidak turun kerja sebab tidak sihat.. duduk rumah la di ceritakan.. Bila rehat sorang di rumah datang pula keboringan kan.. apa lagi datang la ringan tulang-temulang ni.. saya dengan rasa sudah sihat buat la kerja rumah.. sapu lantai, mop lantai tingkat atas dan bawah, siap angkat tilam ala2 vono yang berat gila-gila lagi.. and last yang saya buat sebelum rasa aneh ialah basuh baju-baju.. sempat juga masak untuk lunch tu.. masa jemur baju-baju tu la mula episod yang kurang best kan.. jemur punya jemur tiba2 rasa pening, macam nampak bintik-bintik..kepala jadi berat tapi saya anggap normal la juga dan tetap teruskan sesi penjemuran. Lepas jemur tu saya duduk la konon mok relax... tapi macam makin menjadi pening so last option saya plan tidur la sekejap.. sempat la juga inform husband tercenta tentang condition yang macam tak best tu.. husband pun risau sampai cakap nak turun ke Bintulu to check on me( kami tinggal berjauhan atas sebab kerja..) tapi saya agak ego juga.. cakap dengan husband everything will be ok after tidur.. jadi mula la nak tidur.. tapi tutup mata pun macam makin happening pula denyut kepala.. badan pun sejuk tapi berpeluh-peluh.. usaha tutup mata tetap saya teruskan juga.. trlelap juga sekejap tapi memang tidak berkesan untuk redakan pening.. tengah-tengah bergelut dengan ketidakselesaan selama beberapa jam, tup-tup husband sampai dah depan pintu.. hurmmm... agak nya dia nampak la wajah tidak selesa saya kan jadi dia sarankan pegi klinik..saya bab pergi klinik memang lemah and bagi juga alasan akan ok la kepala ni nanti.. keras saya tetap tak dapat lawan keras husband kan.. tanda sayang tuu.. tetap di bawa ke klinik.. sampai klinik terus check, surprisingly BP saya 152/100!! tidak pernah selama ini BP saya naik sampai 130/90 pun..ini kali la.. muka doktor pun gusar semacam.. then suruh buat scan untuk check baby.. aduiii...hancur luluh nya hati ibu bila tau keadaan baby tidak menepati size yang sepatutnya.. according to the doctor, abdomen baby yang kecil sedikit dari size sepatutnya.. keciannnn.... then doctor pun cakap air ketuban saya sudah berkurangan.. waaaaa.... berganda-ganda rupanya masalah saya.. ingatkan pening jak.. tanpa teragak-agak la doktor buat surat untuk refer saya bermalam di hospital lagi.. untuk kali keduanya saya cek in di hospital..wuuuu... kali ini pun 2 hari... sekali lagi kepelikkan berlaku sebab sepanjang 2 hari duduk hospital BP saya normal pulak.. aieee.... pelik2... sebab BP ok, doktor lebih focus dengan baby la.. syukur juga kadar denyutan jantung baby sihat..movement baby pun bagus.. the problem is size baby..saya tanya la doctor kenapa boleh kurang size perut baby.. doktor tanya macam mana rutin pemakanan saya after gula tinggi. Saya bagitau la yang saya kontrol everything.. anddd... doktor cakap that is the reason kenapa abdoman baby tidak membesar dengan size.. sebab baby tidak cukup terima makanan dari mommy.. waaaaa... kesian nya anak mommy... rasa mok nangis bila doktor cakap baby tidak cukup makan... kecewa lagi dengan diri sendiri.. adehhh... doktor sarankan saya top up makanan sikit jangan lebih-lebih control.. since keluar dari hospital memang saya makan nasi everytime main meal tapi kuantiti memang sikit sebab kena jaga level gula juga kan.. every tea time saya akan minum light milo (1sudu milo saja untuk 1 mug)..bread and pun pun saya mula jamah balik tapi sekeping saja everytime makan.. and sekarang memang fokus cukupkan nutrient untuk baby dengan tambah vitamin and supplement.. dengan harapan baby sihat dan cukup makan dari mommy.. dasyat kan kisah pregnancy saya, tapi saya tetap enjoy my preggy moments.. keajaiban kecil dalam perut inilah harta yang tidak ternilai dalam hidup saya.. semoga baby terus membesar dengan baik dan sihat lepas ni.. terus doakan kami dear readers... ^_^ sekarang almost masuk 33 weeks.. few weeks to go.. yeayyy!!!

p/s : saya dapat pink powerbank from husband..heheehe.. love it sebab pink..Thank you buat husband yang sentiasa ambil berat tentang diri ini dan buah hati kami dalam perut ni..sanggup datang jauh-jauh bila tau saya tidak sihat..

Preggy moments.. ( Sugar Level )

Woww... lama tidak update blog saya ni.. banyak aktiviti sudah berlalu tanpa saya sempat coretkan.. ngeee...Kali ini coretan tentang kehidupan bakal ibu ini.. last coretan tentang bakal buat ujian gula kan? Kejadian lepas ujian tu... haha.. kena tahan duduk hospital!! entah macam mana sebelum minum gula cek 3.5, sekaaaali lepas 2 jam minum result came out 10.2!! Gilaaa tinggi kan?!? Don't ask macam mana kejadian boleh jadi begini.. dengar kawan-kawan cakap lepas kena bagi minum air gula tu sepatutnya minum air banyak2 untuk rinse out gula tu balik.. tapi saya memang tidak minum lansung after minum air gula yang serba mengagumkan tu..sampai pening-pening kepala sebab terlampau manisss... haisss... tidak sanggup untuk dilalui lagi.. Lepas dapat result ujian gula tu memang tak payah tunggu lama laa... doktor bagi surat suruh refer hospital untuk check in.. ngaaaaa....tak suke..tak sukeee... bermalam la 2 hari sebab hospital kena monitor diet si ibu macam mana.. yang pelik, sepanjang check in hospital jak result 7 point sugar level test keluar semua normal.. macam mana tu? Then nurse tanya saya minum susu brand apa? Saya jawab susu Anmum.. guess what, nurse cakap rata-rata pergnant mum yang minum Anmum mesti ada masalah gula tinggi.. hurmmmm... betul ke?? Gara-gara gula tinggi tu after keluar hospital saya ada rutin baru.. every 2 weeks wajib ke hospital untuk check sugar level ni.. so far setakat ni semuanya berjalan dengan baik.. level gula pun dapat control.. luckily tak on insulin..huhu..size baby pun according to doktor bagus and seimbang... doktor pun explain la untuk jaga gula and komplikasi akibat gula tinggi banyak.. untuk elak baby terlalu besar saya disarankan untuk kontrol la.. haaaa.... sebab takut baby besar saya memang mula control sampai kadang2 tak sentuh nasik pun... segala jenis bread or bun memang tak sentuh lagi..pendek kata, memang semua saya kontrol..risau la kannn... tapiii jaga punya jaga... kisah lain pulaaa terjadi... haaa... kisah apa? nantikan pula kejadian kedua si ibu boyong ni...hehehe...  next post akan saya coretkan kisah bila kontrol terlampau.. see you in next post... ^_^