Monday, April 25, 2011

Cerita Tentang Memasak..Jum! ( Umai Ikan Sarawak )


Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri ( kalo yg fresh lagi bagusss!!! )
1 biji Halia
1 biji bwg merah
3 btg cili padi
1 biji limau nipis (amik jus)
1 biji lemon (amik jus)
1 sudu kecil cuka
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
Gula & Garam secukup rasa..


Cara membuat:

  1. Bersihkan ikan tenggiri ..hiris halus..buang kulit bersih2. Lepas tu, perap dgn jus limau nipis, & cuka ( amik separuh dr portion jus yg diperah tadi).
  2. Aku perap 1/2 jam jer.Selepas perap, ikan tu akan berubah jadi kaler putih & tidak hanyir..kalo x puas hati still takut ikan tu hanyir, bilas dgn jus2 limau tu td sampai teda bau...
  3. Hiris halia halus2..
  4. Tumbuk bwg merah dgn cili padi. Kalau nak presentation cantik and rajin, potong halus2 cili tu..
  5. Mayang halus bwg besar & cili merah.
  6. Gaulkan bahan tumbuk, bwg besar & cili hidup & ikan yg sudah diperap tadi.
  7. Kemudian, tuang lebihan jus & cuka tadi.
  8. Perisakan dgn gula dan garam.
  9. Gaul sehingga rata.

No comments:

Post a Comment