AGAR-AGAR LAPIS PELANGI
Bahan-bahan
BAHAN A
2 sudu makan serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah, biru dan lain-lain
BAHAN B
2 sudu makan serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam
CARA MENYEDIAKAN
- Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
- Kemudian tapiskan..letak dalam mangkuk. biarkan dalam bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan pakai api kecil
- Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
- Bila sudah masak..masukkan santan dan garam..didihkan sekejap saja. Buat seperti bhn A - tapis letak dalam mangkuk..biarkan dalam bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
- CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dalam loyang..biarkan dalam 5 minit @ agak keras
- Lapisan pertama dah agk keras. Lorek2 permukaan agar2 yg dah agak keras tadi dengan garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dalam loyang..biarkan dalam 5 minit
- Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tapi setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis..haha..
Jadi...jangan tunga lama-lama k...sila lah cuba..lagi sedap sebab time cuaca panas macam ni la paling ngam!! :P Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment