Seminggu ini begini la keadaan pagi dan tengah hari yang daku lalui.. Pagi jerembun.. Masuk tengah hari sah-sah jerebu.. Tapi aneh menurut info terkini IPU kawasan Bintulu sihat.. Betul atau ralat? Hanya pakar yang tahu.. Anak-anak tabika pun ramai yang absent sebab sakit and ada parents yang concern tidak bagi anak ke sekolah sebab keadaan melalui mata kasar sangat tidak menyenangkan mata dan hati. Kawasan kami ni jauh dari bandar Bintulu, pihak berkuasa check IPU sekadar di Bintulu sahaja.. Kawasan kami? Sekitar kami ni sawah padi.. Hutan dan kawasan sawit.. Kawasan potensi untuk membakar sangat tinggi! Makanya, bila tengah hari saja hidung akan terhidu bau buah sawit bakar.. Persoalannya... Telus atau tidak bacaan IPU? BEtul atau Ralat bacaan IPU?
No comments:
Post a Comment