Thursday, August 1, 2013

Sana Sini Ada Bisnes!!

Entri kali ini... hehee....Saya penjual Kerepek pisang.. ^_^ Bercakap tentang peniagaan kan.. saya yakin empayar perniagaan yang besar tidak wujud atau berdiri dengan gah nya tanpa melalui level-level kesukaran...dan sebuah empayar besar tidak wujud terus dengan size yang besar.. kejayaan berhasil bermula dari satu titik atau langkah yang kecil..berbekalkan usaha, kebijaksanaan dan usaha... Sejujurnya, saya antara manusia yang mencintai dunia perniagaan! percaya atau tidak... hehe... orang selalu tidak percaya...kenapa? sebab dalam hal kira-kira saya adalah yang paling sentapppp...a bit lembab la bab kira-kira ni.. tapi somehow saya rasa itu semua tidak penting...calculator kan ada sekarang... bukan sempoa kan..ngahaha... baru-baru ini saya mula berjinak kembali dengan dunia berniaga..tapi lebih kepada makanan ringan dalam erti kata lain "junk food"..  sesuatu yang menarik... boleh tahan lumayan perolehan dari hasil penjualan walaupun harga jualan saya cuma bernilai Rm1.50.. haaaa....apa saya jual? Saya berniaga kerepek pisang dan biskut keladi kacang...percaya atau tidak jika saya katakan hasil jualan mencecah Rm300!!  mula-mula saya rasa remeh sebab pandang harga cuma RM1.50 tapi lama kelamaan jumlah pembeli semakin bertambah dan jumlah di ambil pun bertambah membuatkan saya seronok..  satu kepercayaan yang saya pegang juga.. dalam berniaga harus berani..sabar..dan bersahabatlah dengan orang sekeliling dannnn...jangan kedekut sangat... haaaa...Rezeki yang ikhlas tidak akan lari ke mana pon... syukur ramai yang memborong untuk santapan sempena perayaan Hari Raya mereka.. Terima Kasih kepada kakak ipar sebagai supplier...hehe...sang suami yang membenarkan saya berniaga juga dan pembeli yang setia dan menyokong usaha saya..semoga puan kerepek pisang ini terus mengorak langkah.. ^_^ Kerepek kami sememangnya lazat dan dijamin halal juga..

No comments:

Post a Comment