REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah
dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju
mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup
menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu
berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan
hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan
Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan
ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu
tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan
mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia
berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di
sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada
hubungan seorang datuk dan cucu.
“Dia bekerja sebagai pembantu
kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan
dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar
selepas dia bertukar sekolah.
“Sejak itu, kami sering berhubung
melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja
dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan
wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
p/S: Yang silap nya di mana ni? Hurmmmm...Atuk berniat baik tapi tak bertempat...agak-agak la, gadis muda 16 tahun? Seeloknya, jaga cucu...lalui hari-hari lewat usia dengan anak-anak...yang gadis pulak, janganla mainkan perasaan orang tua...kalau tak nak dari awal jangan layan... ( Meremang bulu roma aku dengar beza usia durang ni...serammm~ )

No comments:
Post a Comment