Thursday, July 24, 2014

Made myself a simple potato salad..

Howkey... masuk bab masak or resipi pula.. hehe.. My favourite post seharusnya tentang makanan.. Saya peminat makanan..Yesss.. juga minat masak-memasak tapi tak tererr la kan.. cukup dapat masak untuk masuk mulut keluarga sendiri boleh la..hehe.. So, resipi kali ini the easiest thing to buat.. jangan malas-malas... I lost gambar-gambar sepanjang menyediakan juadah ini,,yang tinggal cuma hasil sahaja..

Saya akan kongsikan resipi dengan semua.. I did a little twist dalam resipi ni sebab saya tak suka potato salad yang ditimbus dengan mayonis..huhuhu.. becak-becak... Okeh, here are the ingredients!

1. Potato ( Rebus sampai cukup empuk )
* jangan lupa peel of the skin sebelum rebus and add in sedikit garam semasa merebus potato
2. Mayonis ( ikut selera sendiri la ye.. )
3. Daun bawang / daun parsley ( cincang kasar )
4. Black Pepper
5. 1 ulas bawang putih ( Cincang halus )
6. 1 biji bawang merah ( Hiris nipis )
7. Jus lemon

Cara-cara penyediaan :
1. Potato yang sudah rebus di potong dadu..
* ikut size favourite..
2. Campurkan mayonis dan jus lemon bagi sebati..
3. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bowl dan gaul rata...
4. last sekali tabur kan daun bawang or parsley tadi untuk touch up sikit..

Selesai... senang kannn... nak makan terus pun boleh, ank sejukkan dulu pun boleh... saya prefer sejuk  hehehe... Selamat mencuba yerr... ^_^


Hasil Potato Salad saya... Ignore gambar tak lawa ni..huhu...


Children : Gadget or No Gadget?

Pernahkah kita terkenangkan zaman kanak-kanak kita suatu masa dahulu? Pernahkah anda membuat perbandingan tentang kehidupan kanak-kanak anda dulu dan kanak-kanak sekarang? Berbezakah aktiviti-aktiviti kanak-kanak dulu dan sekarang? Saya percaya kita semua sangat menyedari akan hal ini tetapi kita sentiasa memberi alasan untuk MENYELAMATKAN kita.. Betul atau tidak tuan-tuan dan puan-puan? Saya bukan lah nak berlagak pandai tetapi sebagai seorang ibu dan seorang cikgu tadika, sesuatu yang sangat memilukan hati saya bila anak-anak kecik ini tidak aktif bermain..tidak aktif mindanya,, sedangkan pada umur 4-6 tahun ini lah masa pembentukan saraf-saraf mereka.

Saya bagi contoh seorang anak didik saya, tiap pagi datang ke sekolah si ayah selalu akan hantar awal dan mereka akan mengunggu ketibaan saya di bawah pondok menunggu depan tadika saya. Setiap kali saya sampai di tempat parking, saya melihat dari jauh kedua-dua anak beranak ini sangat asyik melayan "gadget"mereka.. Beerti tidak ada komunikasi antara mereka sepanjang menunggu ketibaan saya!! Masa yang paling penting untuk bermesra dengan anak-anak sudah di rampas oleh si gadget. Bila dalam kelas, si anak sentiasa mengantuk dan kadang-kadang tertidur semasa sedang mewarna or menyiapkan tugasan yang saya berikan. Sesi P&P pula, si kecil ini tidak aktif lansung.. bila saya ajukan soalan.. jawapan si kecil ini hanya "tak tau". Saya bawa anak didik saya untuk bermain di luar kelas setiap hari Selasa dan Khamis dan respon si kecil ini cuma "tak nak.. nak tidur.." Kerja rumah yang saya berikan tidak pernah dia siapkan..  Come to my concern untuk mengorek rahsia anak kecil ini... "Kenapa sampai macam ni?!? Saya dengah megah nya menjadi perisik..hehehe... Saya tanya anak kecil ini..

        1. Kenapa xxxxx tak buat kerja rumah cikgu bagi?
        2. Siapa jaga xxxxx kat rumah kalau balik dari sekolah?
        3. Balik dari sekolah xxxxx buat apa?
        4. Kat rumah xxxxx buat apa?
        5. Malam-malam xxxxx tidur pukul berapa?
       
Jawapan yang diberikan sangat meruntun jiwa saya sebagai seorang cikgu dan juga seorang ibu yang punya anak.. dalam hati sempat saya pesankan kepada diri saya "Tuhan, jadikan saya ibu yang dahulukan keperluan anak dan bukan keinginan anak.." Nampak pada jawapan anak ini hidup sendiri, dengan ibu dan ayah yang bernama "Gadget". Pemikiran si kecil ini sudah di monopoli oleh gadget sehinggkan seluruh kehidupan anak ini diserahkan kepada gadget atau dijaga oleh gadget. Ibubapa zaman ini seringkali menyerahkan tugas mereka kepada gadget. Gadget memudahkan tugas mereka dan membantu untuk control keaktifan anak mereka. Wahai sahabat, anak-anak adalah pemberian dari Tuhan untuk kita jaga dengan sebaik-baiknya, tapi kenapa tanggungjawab itu kita serahkan kepada gadget pula?

Tanggungjawab kita untuk memantau pertumbuhan anak-anak kita.. pergaulan anak-anak.. Bukankah melihat anak-anak membesar depan mata kita sendiri itu satu kenikmatan? Tapi zaman ini tidak.. kita alpa, mata kita tertumpu kepada perkembangan gadget-gadget berbanding perkembangan anak-anak kita.. Komunikasi antara ibubapa dan anak-anak semakin hambar dek dirampas oleh gadget! Mungkin sebab itu anak-anak sekarang seringkali menutup telinga mereka bila ibubapa bagi nasihat..Tidak salah memberikan gadget tuan/puan tetapi biarlah berpada-pada... jangan sehingga nasihat kita sebagai orang tua mereka pun turut mereka ignore, itu sudah level "masalah".

Berbalik kepada jawapan anak kecik ini kepada soalan-soalan saya...
  1. Kenapa xxxxx tak buat kerja rumah cikgu bagi?
      xxxxx : Tak suka...tak seronok kerja rumah.
* kerja rumah yang saya bagi tu cuma mewarna. Sepatutnya pada umur 5 tahun, mewarna adalah antara aktiviti favourite kanak-kanak... saya hairan.. so, tunggu jawapan kepada soalan seterusnya..

2. Siapa jaga xxxxx kat rumah kalau balik dari sekolah?
    xxxxx : Ibu jaga.. ibu jaga adik jugak.
* so, si ibu suri rumah tapi jaga adik juga... maksudnya si ibu berada di rumah sepanjang hari kan.. tapi kenapa tidak di tengok beg anak bila anak balik dari sekolah? Saya teringat dulu-dulu setiap kali balik dari sekolah, ibu atau ayah saya akan memeriksa poket-pokat baju dan beg sekolah kami! Mereka akan tengok kerja sekolah kami juga.. Rotan akan hinggap di punggung kalau dalam buku cikgu tulis "kurang kan bermain"atau "kurangkan bercakap".

3. Balik dari sekolah xxxxx buat apa?
    xxxxx : Main game.
* Part ini dah nampak reason anak ini berperangai seperti ini... "GAME" yela... 5 tahun mana la tau nak ber FB or Twitter bagai kan..of course game... Sampai saja rumah sah-sah mencari si gadget. Kadang-kadang ibubapa sendiri yang serahkan sebab nak senyapkan anak mereka. Tak nak rumah kotor, tak nak rumah bising... Gadget la penyelamat dari masalah-masalah dinding kotor, rumah berterabur, rumah bising... anda setuju?

4. Kat rumah xxxxx buat apa?
xxxxx : xxxxx selalu main game cikgu, best ada lumba..tembak-tembak..
* SELALU MAIN GAME... masalah juga yang ini... nampak kegiatan anak bersama gadget tidak di pantau... boleh kita bagi main tapi berpada-pada.. biar bertapis games yang di main.. 5 tahun dengan game tembak-tembak?!?! Apps sekarang banyak menawarkan games berunsurkan education.. Install educational games.. contoh : rhymes for kids, Learn ABC, Phonics Kids dan banyak lagi.. sekurang-kurangnya sambil bermain dengan gadget mereka belajar sesuatu. Tetapi tetap, ayat "SELALU"tu sangat....... hurmmm..... okeh next question pula..

  5. Malam-malam xxxxx tidur pukul berapa?
xxxxx : xxxxx tak nak tido malam. xxxxx tak suka.
* Crucial part... huhuhu... nornal kalau malam-malam kanak-kanak tak suka tidur. Jadi saya tanya lagi "ayah tak marah xxxxx tak tidur ?" xxxxx jawab "tak, ayah bagi main game malam" Saya cuma mampu geleng kepala... Tuan / Puan, anak-anak umur ini sedang berkembang... kenapa di rosakkan berkembangan or pertumbuhan anak-anak kecil ini? kenapa kita harus kalah dalam mempertahankan tugas kita sebagai ibubapa? Masa tidur adalah masa penting untuk anak-anak. Tidur yang cukup membantu perkembangan dan fokus anak-anak kita untuk belajar. Menurut artikel-artikel yang saya baca, waktu tidur malam terbaik untuk kanak-kanak ialah seawal jam 7.30 ke 8.00 malam. Dan seelok-elok nya sebelum anak-anak tidur kita luangkan sedikit masa untuk temankan mereka tidur. Berborak sekejap, tanya tentang hari yang mereka lalui hari ini..ataupun bacakan buku cerita untuk mereka..jangan pula lupa ajak anak untuk berdoa sebelum tidur..haaaa.. Masa anak sudah tidur, peluk atau cium anak.. cakap kat anak-anak yang kita sayangkan mereka..sambil tu kita doa dalam hati khas untuk mereka juga.. Jangan bagi anak gadget sebelum tidur! Jangan bagi anak-anak makan or minum minuman manis sebelum tidur juga.. pastikan anak-anak tidur dalam keadaan tubuh yang bersih.

Sedikit tips bilik tidur anak-anak :.. opss..yang ini lari topik sedikit..hehehe..

1. Jangan letak sebarang gadget dalam bilik anak-anak.. contoh Tv, Hp or Mp3.. itu akan menggangu tidur mereka. Kalau mereka bagi alasan tidak mengantuk atau tidak dapat tidur, sila sediakan buku cerita dalam bilik.

2. Segala jenis permainan sangat tidak sesuai dalam bilik tidur. Sebab yang sama, akan mengganggu mood tidur anak-anak. Mereka sangat mudah tertarik dengan permainan, anak-anak juga akan sanggup lupakan mood mengantuk mereka apabila terjumpa mainan,..jadi, jangan potong stim nak tidur anak-anak dengan permainan. Setakat bantal busuk tu tak apa la...

3. Pastikan pengudaraan bilik tidur anak-anak cukup.. untuk pertumbuhan otak yang baik, oksigen sangat-sangat di perlukan... Bilik tidak terlalu panas, tidak juga terlalu sejuk..

Baiklah, panjang sudah hujah-hujah saya kan... Dalam mendidik anak-anak bukan saja tanggungjawab cikgu tetapi kedua-dua belah pihak. Tidak ada gunanya jika cikgu sahaja yang bertungkus lumus mendidik anak-anak di sekolah sedangkan di rumah tidak berlaku sebarang pembelajaran. Dan, bagaimana cikgu nak mengajar anak-anak kalau anak-anak datang sekolah mengantuk dan tidak bermaya. Sebagai ibubapa, anak-anak harus dipantau.. pembentukan anak-anak kita bermula pada umur seawal 6 bulan! Jika kita alpa tentang hal ini, ia akan menjadi sesuatu yang rumit satu masa nanti.. Tidakkah kita sebagai ibubapa mahu melihat anak kita berjaya? Bukan setakat berjaya tetapi anak-anak yang penuh dengan tertib. YES! Tertib.. berjaya pun anak kita tetapi tidak menyayangi atau hormat kita sebagai ibubapa bagaimana? Anak-anak lebih sayang dan hormat si gadget..

Jangan kita sebagai ibubapa mengawal anak-anak kita dengan gadget.. Banyak cara lain, contohnya permainan puzzle, aktivi mewarna atau buat kolaj.. ajak anak-anak tolong kita semasa menguruskan hal-hal dalam rumah. Kenapa kita perlu takut dinding rumah kotor atau Lantai rumah kotor? Orang sedia maklum kita punya anak kecil dalam rumah yang perlukan ruang untuk membesar. Anak-anak bukan sengaja menconteng dinding.. mereka tidak faham pun apa mereka buat.. apa yang mereka tahu cuma "mengekspresikan kreativiti "mereka. Sekarang dunia sudah canggih dan banyak permainan yang sesuai untuk anak-anak. Banyak kelengkapan untuk anak-anak eksperesikan kreativiti mereka. Sekarang di pasaran kita boleh jumpa pelapik dinding yang boleh kita lekatkan di dinding untuk ank-anak conteng. Papan tulis yang comel-comel pun ada dijual.. see, banyak kemudahan di pasaran tapi ibubapa ambil jalan mudah dengan menyerahkan "GADGET"sebab tak nak banyak kerja, tak nak berbelanja lebih. Fikirkan yang terbaik untuk anak-anak kita..Berikan yang terbaik untuki anak-anak kita.. Sediakan yang terbaik untuk anak-anak kita..

Okeh, sekian dari saya untuk hari ini.. Yang terbaik untuk anak-anak, tunggak masa depan negara kita. ^_^
Sumber : Google Image

Sumber : Google Image

Sumber : Google Image




Our Iftar bersama-sama 2014

Tinggal seminggu lagi nak raya... sedar tk sedar tinggal beberapa hari saje lagi tinggal untuk berpuasa bagi sahabat Islam saya...Orang lain berpuasa tapi saya pulak yang paling busy ke bazaar tiap hari.. orang puasa turun berat saya pulak menambah tayar tepu.. ngehehehe... Orang lain yang raya saya pulak yang over excited nak beraya.. nak makan ni weh! tolong la jemput saya yang sentiasa kebulur ni ke rumah anda yerr.. saya manusia paling gembira bila di ajak makan..hehehe.. puasa oh puasa... macam2 ragam sahabat2 saya yang berpuasa ni...ade yang moody.. mcm PMS pulok kan~ yang happy... ade yang makin active pulak..yang saya pulak enjoy makan tiap petang lepas balik buat lawatan ke bazaar..hehe.. Minggu ketiga baru plan kami menjadi nak berbuka sama... dari tahun lepas kata nya nak berbuka bersama-sama tapi baru tahun ni dapat and tu pun dah nak habis bulan puasa.. haaa... tapi kali ini sahabat saya zuzu pulak yang tak dapat nak join sebab dah berjanji nak bawak family nyer makan luar..  Tempat kami berbuka ni sangat berbaloi! Rm8 per plate.. but you can eat as much as you want!! macam mana perut hamba ni tak kegembiraan kan..haa... oh.. nama tempat tu "Matahari " terletak di kawasan Parkcity Bintulu Sarawak.. Murah kan... memang ramai juga la tetamu lain yang join berbuka sana.. segala jenis bangsa dan agama.. tak kurang ada Korean dan Japanese juga tu... haaaa... Ok la.. buat sahabat2 yang berpuasa tu, teruskan.. sikit lagi tu..hehe.. yang tak puasa pulak nanti jangan lupa ganti balik yerr... tak sempat nak bergambo banyok2 sebab kebulur.. haha..

Tuesday, July 22, 2014

Meet my little diva!

Name : Hosanna Joy Julan Binti Sophian
D.O.B : 02 December 2013

Hye yolls!!! Sudah saya janjikan sebelum ini untuk perkenalkan puteri sulung kami.. Hoh.. seperti tertera di atas.. antara detail utama yang saya boleh share la..mana tau boleh claim birthday present from pembaca2 lepas ni kan....heheh..kerlasss gitewww! Lahirnya puteri kami ini pada minggu ke 36 selepas saya mengalami light bleeding..  As you ols tau.. sepanjang pregnancy saya banyakkkk sangat mengalami masalah2 kesihatan antara dia ialah kencing manis..BP tinggi dan Albumin tinggi.. tak tau apa itu? Google la... semuanya di hujung jari sajer..haaa... Tapi walaupun banyak masalah kesihatan saya tetap gigih berjalan2 sepanjang boyot.. tak penat.. seronok ada la... lagi satu tabiat sepanjang preggy.. Kaki mengandam diri sendiri... swmua nak cantik u olsss... sblm preggy mak ni tak kuasa la nak bermascara eyeshadow bagai tau..tapi masa bunting i say u... huhu... 1 jam depan cermin bersiap! hambek kaww...hohoho...pembawaan anak perempuan kot.. lagi satu.. sangat rajinnn masuk dapur walaupun tak reti masak.. ngahhahah...konfiden penting hokeh! sedap tak sedap... nasib la... :p ok lah... panjang sangat cerita mak.. bila nak view gambar2 puteri kan...hehe.. apapon.. untuk pembaca2 yang tengah preggy sekarang mak cuma pesan 1 saje.. "enjoy your percnency.." serious.. lepas baby keluar nanti u ols akan rindu all those excited feelings nak pergi scan every months.. rindu rasa excited nak tgk gender baby.. excited cari n beli barang baby... perasaan tak sabar nak tengok baby keluar tu tak yah cerita.. kalau boleh sepanjang proses melahirkan or untuk yang c-sec macam saya ni tak nak pejam mata sebab nak tengok live wajah kesayangan yang sudah 9 bulan menghuni rahim anda... haaa... enjoy la k..have fun.. jaga pemakanan... be prepared dari segi fizikal.. mental dan emosi... macam saya preggy emosi sangat lah over... "drama queen" sangat... orites... scroll la ke bawah pulak.. kita view sket wajah kesayangan kami suami isteri...hehehe...