Monday, October 15, 2012

It's been a while and I'm unemployed!



"I can't get a job because I don't have experience because I can't get a job" true indeed!
Oh wow... lama sungguh hamba tak memblogging kan diri..kikiki..Semenjak balik Sarawak ni, intention dan minat kearah teknologi ni berkurangan..minat dah beralih ke makanan pulak...huh~ Makin menjadi mulut dan perut bila bergabung dengan tanah bumi kenyalang ni...celik mata makan, depan tv makan, pegang penyapu pun boleh makan, apa lagi bila tido...ngehehehe.. Hari ini, sekadar ingin mengabarkan kepada kalian seluruh alam bahawa hamba ini sudah kembali ke bumi Kenyalang..lama dah sampai sebenarnya cuma tak "terkabey" jari-jemari nak menaip blog sebab asal nak menaip nampak makanan..hekhekhekkk...apa boleh buat, beginilah nasib ku bila berdepan dengan makanan.. :p * Start to blame those foods.. Indahnya kehidupan bila sudah menjejak kaki di rumah..sewa rumah tak payah pikir lagi, study pun...lepas dah la kiranya, makan minum percuma..cuma kalau nak lelebih tu beli sendiri la, bil api and air...percuma sebab mummy and daddy bayarkan..yela..anaknya ni belom korja lagi~ :p.. apa yang membingungkan bila sudah di rumah? Haaa...tanya kepada yang pernah menjadi penanam anggur tegar sebelum ni...itulah perasaan saya..Bangun tido sah-sah dalam kepala " bila la nak dapat duit sendiri ni...semua company Bintulu ni aku dah hantar application.. " Orang senang cakap sabar...sabar...dan terus bersabar... Yeeelaaa tu...hamba ni nak bershopping pun tak dapat..nak kawen dah hujung taun, banyak juga barang nak kena beli...haaaa...tak kan la hamba ni nak mengharapkan si tunang saja kan...malu la hamba... :P Pembaca sekalian alam doa-doakan la supaya hamba ini dapat kerja yer...hehehe...okeh, hamba nak buat nasi pulut pulak ni...nenek hamba nak makan nasi pulut pulok tu...Jumpa lagi la esok ke lusa ke..tu pun kalau-kalau broadband masih berfungsi...hehehe...ok, babai...Jaga diri selalu!